"ANA DAH NAK NIKAH NI"

gambar Abah ketika akad nikah...

Salam..

Tangan ini kembali terasa untuk mengukir di alam maya ini.. cuaca yg terlalu panas beberapa hari sebelum ini kembali berselang dengan hadirnya udara yang sedikit sejuk dan nyaman hari ini. bayu dingin ditengah-tengah keganasan musim panas ini seperti akur dengan satu peristiwa yg akan berlaku esok. Tatkala jari sedang girang menari diatas papan kekunci, hati ini turut menari kegirangan dengan berita yg disampaikan oleh sahabat rapat ana ust muzani dengan katanya “ANA DAH NAK NIKAH NI”.
Bagi ana, ana tidaklah terlalu terkejut dengan berita ini kerana pernikahan ni adalah suatu yg sama seperti hal-hal yg berkaitan dengan kematian, ia perkara yg tidak boleh diramal bila akan berlaku. Ia akan datang, meskipun saat ini barangkali kita belum siap atau tak juga datang meskipun kita telah merasa sangat siap. Tiada apa yg boleh menghalang kerna ianya telah tertulis di luh mahfuz. Jadi, sikap terbaik menghadapi hal yang seperti ini adalah TAWAKAL. Namun, jangan abaikan IKHTIAR. Ikhtiar sangat perlu, hanya saja, Allah memiliki sifat Qudrat dan Iradat yang perlu kita hadapi dengan kepasrahan.

Pertamanya tahniah kepada sahabat ana ust. Muzani kerna anta telah berjaya bersegera untuk mendirikan rumah tangga islam sekaligus membuatkan syaitan2 dan iblis merana kerna kerja mereka akan bertambah sukar selepas ini.
gambar ana ngan mama...

Tahniah juga kerna anta telah menyegerakan salah satu perkara yg perlu disegerakan dalam islam iaitu perkahwinan dan anatara tanda-tanda bercinta kerna Allah adalah pasangan yang menyegerakan hak mereka.

Bagi ana keadaan dunia pada zaman sekarang amatlah jauh perbezaan nya dengan zaman ayah dan mak kita dahulu. Sekarang apabila kita mendengar ada pelajar-pelajar yg hendak berkahwin ketika belajar, mereka akan dihentam dengan pelbagai kata-kata yg kurang enak didengar. Apasalahnya mereka hendak menyalurkan rasa fitrah mereka pada jalan yg telah digariskan oleh Islam. Adakah perkara ini lebih buruk daripada sebahagian anak-anak kita yg kurang pendidikan agama diluar sana yg mana mereka bebas bergaul sesuka hati mereka tanpa berlandaskan syariat Islam. Adakah mereka ini lebih baik?

Kemudian Rasul bersabda, "Wahai pemuda, barangsiapa di antara kalian telah mampu menikah, maka segeralah menikah. Karena sesungguhnya menikah itu lebih menjaga kemaluan dan memelihara pandangan mata. Barangsiapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa menjadi benteng (dari gejolak berahi)." (HR. Bukhari).
Nukilan kali ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberikan sedikit taujihat buat sahabat ana dari diri ana yg serba kekurangan ni..

Isteri yang bakal kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
tidaklah setabah Fatimah,
tetapi bakal isterimu itu hanyalah wanita akhir zaman
yang mempunyai cita-cita, menjadi solehah..

dan kamu...
berlapang dadalah untuk memiliki isteri yang tidak sehebat siapapun
kerana kamu juga harus sedar bahawa,
kamu bukanlah Rasulullah.
pun bukan Ali bin Abi Talib.
tapi...
Kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha untuk menjadi soleh..


****************

Tidak ada yg sempurna dalam hidup ni.. belajarlah untuk menerima seadanya.. ana tertarik dengan suatu kisah yg berlaku di Basrah satu ketika dahulu..
Pada suatu hari, Khalid bin Safwan melihat satu perhimpunan di dalam sebuah masjid di Basrah. Lalu beliau bertanya akan tujuan perhimpunan itu diadakan kepada seorang lelaki yang hadir di situ:


‘Apakah tujuan perhimpunan ini wahai saudara?’


‘Seorang wanita sedang menerangkan tentang ciri wanita yang layak dikahwini’ jawab lelaki tadi apabila ditanya oleh Khalid bin Safwan. Lalu Khalid terus menyatakan hajatnya kepada wanita tadi. katanya:



‘Aku inginkan perawan berpengalaman seperti seorang isteri. Bila dikahwini sesuci perawan. Manis apabila didekati. Mulia bila berjauhan, dia mampu hidup dalam kemewahan tetapi bila dilanda kemiskinan dia masih punya keperibadian seperti orang kaya dan dan kerendahan hati si miskin. Apabila kami kaya, kami hidup seperti warga dunia. Pabila miskin, KEHIDUPAN kami seperti warga akhirat’ begitulah permintaan Khalid yang diajukan kepada wanita tersebut.


Tiba-tiba, seorang wanita bangun lalu menjawab permintaan Khalid bin Safwan: ‘Aku kenal akan wanita yang kamu maksudkan itu’


‘Di mana dia wahai saudari?’ tanya Khalid lagi. ‘Dia ada di syurga ALLAH. Jadi, bekerjalah untuk ke syurga dan temui dia di sana’ terkejut dengan jawapan itu, Khalid bin Safwan didatangi dengan sebuah keinsafan. Dia berlalu.

KERANA...KESEMPURNAAN ITU HANYA MILIK PENGHUNI SYURGA.

Lagi nasihat ana buat sahabat ana yang akan menjejak kea lam rumah tangga esok, ingatlah pernikahan adalah satu tanggungjawab. Jika sebelum ni nta hanya perlu menguruskan keperluan terhadap diri nta je, tp selepas ini zaujah nta adalah dibawah tanggungan nta.

Mungkin inilah saja sedikit nasihat dari sahabat kepada sahabat yg mane nta disana lebih arif tentang hal2 begini kerna nta lebih dulu merasa jerih payah laluan yg nta lalui ni…

Pencari ketenangan,
Perlembahan ilmu,
4 jamadil akhir 1431
18 mei 2010

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 tENaNg PaDa pErJuAnGaN |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.