LaGi

Salam..

Imtihan kembali menjelma lagi. Sudah resam belajar, setiap pelajar pasti diuji tidak kira mana peringkat pembelajaran pon ianya pasti akan diuji. Hanya yang membezakannya hanyalah kaifnya sahaja.. kalu di sekolah dulu kita diuji secara bertulis setiap bulan dan kadang2 disertakan dengan ujian lisan..

“Ujian akan terus menimpa seorang mukmin, laki-laki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya, dan hartanya hingga ia berjumpa dengan Alloh tanpa membawa dosa.” (HR. Tirmidzi dari Abu Huroiroh)

Berbeza pulak apabila sudah meningkat ke tahap yg lebih tinggi sbgaimana yg ana sedang hadapi ini iaitu dengan system ujian Universiti tertua didunia, Universiti Al-azhar. Yg mana system ujian atau dengan kata lain imtihan yg telah digariskan oleh ulama’2 azhar setahu ana agak berbeza dengan universiti2 lain.

Di Al-Azhar para pelajar akan diuji setelah belajar selama hampir 3 bulan dan ada madah2 tertentu selama hampir 7 bulan dengan hanya satu ujian sahaja. Tiada ujian percubaan dan juga tiada apa2 latihan untuk menduduki peperiksaan. Bagi pelajar tahun 1 seperti ana ia agak sedikit sukar untuk membiasakan diri dengan system ujian seperti ini. Cuba bayangkan kite mengambil peperiksaan STAM atau SPM tanda sebarang ujian2 sebelumnya seperti trial, OTI, TOV dan sebagainya. Fuh, tidak dapat dibayangkan..

Subhanallah, kita dapat tengok kat sini macam mana ulama’ AlAzhar menjage kualiti azhari dan azhariah yg akan keluar untuk menyebarkan islam keseluruhannya…

Jadi, kalu setakat ana cerite je kat sini tak cukup, tunggu nde lagi JOM STUDY…..

“Ujian akan terus menimpa seorang mukmin, laki-laki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya, dan hartanya hingga ia berjumpa dengan Alloh tanpa membawa dosa.” (HR. Tirmidzi dari Abu Huroiroh)

pencari ketenangan

perlembahan nil

18 jamadil awal 1431



0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 tENaNg PaDa pErJuAnGaN |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.