Ulama' terus dilaga-lagakan oleh Munafiq

assalamualikum.

Malam di perlembahan ini masih seperti beberapa malam yg lalu.. udara di dalam kamar ini tidak panas dan tidak terlalu sejuk.. di kala semue teman2 yg lain terus dibuai mimpi, mata ini masih belum bersedia untuk direhatkan.. bukan lagi kerana kehangatan bayu malam seperti beberapa malam yg lalu.. tapi hati ini yg terganggu ketenanganya tatkala terbaca satu artikel yg mungkin sedang kecoh diperdebatkan di tanah airku, satu artikel yg benar2 membuatkan diri ini benar2 panas dan gelisah walaupun mata sudah sedikit layu seketika td namun sekarang ia kembali menungjukkan sinarnya..

"PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?" inilah artikel yg ana cube untuk ulaskan pd dini hari ini.. artikel ini boleh dilihat di Blog Tok Guru Nik Aziz. ana bukan berniat untuk meremeh2kan ulama' kesayangan kite TGNA.. pimpinan2 tertinggi Pas sekali lg dilaga2kan..
ana masih ingat satu ungkapan dari Fadilatul Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man beliau berkate apabila 2 org muslim berkhilaf atau bersalahan maka diantaranya adalah munafiq laknatuLLAHu alaih.. dan perkare ini bukan lah perkara baru, ia telah berlaku sejak zaman Baginda Besar kita Muhammad SAW lg..

lihat saja masalah yg serupa yg pernah berlaku dalam arena perjuangan islam di negara kita.. suatu ketika dulu TGNA bermati-matian menghentam cadangan yg diusulkan oleh TGAH namun kita dpat lihat ketenangan dianatara 2 org ulama' ini kembali menyelubungi hati sanubari mereka setelah bertemu mata, berbincang tentang masalah ini dan selepas dari itu tiada lagi perbalahan diantara 2 permata umat ini.. hal ini berlaku sudah tentu ada puncanya, dan salah satu punca yg jelas ialah akibat secebis bara api fitnah yg cuba ditiupkan oleh golongan munafiq laknatullah terhadap TGNA.. seperti yg berlaku dahulu TGNA diberi penerangan oleh munafiq yg berada disekelilingnya tentang Kerajaan Perpaduan bukan seperti apa yg dimaksudkan oleh TGAH.. dan ini berlaku kerana sifat keterbukaan yg ada pada diri TGNA yg membolehkan semua org duduk bersama TGNA berbincang dan berkongsi pendapat. ana cube petik kata2 anakanda TGNA ust Nik Abduh dalam blognya "Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing" dalam artikelnya yg bertajuk "kerja-kerja bodoh dalam PAS"

ana tidak berniat untuk mengukir panjang dalam is
u ini.. memandangkan mata diri ini sudah bersedia untuk direhatkan dan hati sudah kembali diselubungi sekelumit ketenangan apabila sedikit isinya yg panas telah disejukan dengan luahan dalam posting ini, jd biarlah ALLAH sajavyg membalas kejahatan yg telah, sedang dan akan dilakukan oleh mereka ini yg mana mereka ini sedang merancang dan berusha untuk meniupkan bara fitnah terhadap pejuang2 Agama-Mu ya RAbb..

Akhir kalam. Wassalam

~pencari ketenangan~
perlembahan nil
2.27 am... 26 oct 09

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 tENaNg PaDa pErJuAnGaN |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.