Ulama' terus dilaga-lagakan oleh Munafiq

assalamualikum.

Malam di perlembahan ini masih seperti beberapa malam yg lalu.. udara di dalam kamar ini tidak panas dan tidak terlalu sejuk.. di kala semue teman2 yg lain terus dibuai mimpi, mata ini masih belum bersedia untuk direhatkan.. bukan lagi kerana kehangatan bayu malam seperti beberapa malam yg lalu.. tapi hati ini yg terganggu ketenanganya tatkala terbaca satu artikel yg mungkin sedang kecoh diperdebatkan di tanah airku, satu artikel yg benar2 membuatkan diri ini benar2 panas dan gelisah walaupun mata sudah sedikit layu seketika td namun sekarang ia kembali menungjukkan sinarnya..

"PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?" inilah artikel yg ana cube untuk ulaskan pd dini hari ini.. artikel ini boleh dilihat di Blog Tok Guru Nik Aziz. ana bukan berniat untuk meremeh2kan ulama' kesayangan kite TGNA.. pimpinan2 tertinggi Pas sekali lg dilaga2kan..
ana masih ingat satu ungkapan dari Fadilatul Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man beliau berkate apabila 2 org muslim berkhilaf atau bersalahan maka diantaranya adalah munafiq laknatuLLAHu alaih.. dan perkare ini bukan lah perkara baru, ia telah berlaku sejak zaman Baginda Besar kita Muhammad SAW lg..

lihat saja masalah yg serupa yg pernah berlaku dalam arena perjuangan islam di negara kita.. suatu ketika dulu TGNA bermati-matian menghentam cadangan yg diusulkan oleh TGAH namun kita dpat lihat ketenangan dianatara 2 org ulama' ini kembali menyelubungi hati sanubari mereka setelah bertemu mata, berbincang tentang masalah ini dan selepas dari itu tiada lagi perbalahan diantara 2 permata umat ini.. hal ini berlaku sudah tentu ada puncanya, dan salah satu punca yg jelas ialah akibat secebis bara api fitnah yg cuba ditiupkan oleh golongan munafiq laknatullah terhadap TGNA.. seperti yg berlaku dahulu TGNA diberi penerangan oleh munafiq yg berada disekelilingnya tentang Kerajaan Perpaduan bukan seperti apa yg dimaksudkan oleh TGAH.. dan ini berlaku kerana sifat keterbukaan yg ada pada diri TGNA yg membolehkan semua org duduk bersama TGNA berbincang dan berkongsi pendapat. ana cube petik kata2 anakanda TGNA ust Nik Abduh dalam blognya "Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing" dalam artikelnya yg bertajuk "kerja-kerja bodoh dalam PAS"

ana tidak berniat untuk mengukir panjang dalam is
u ini.. memandangkan mata diri ini sudah bersedia untuk direhatkan dan hati sudah kembali diselubungi sekelumit ketenangan apabila sedikit isinya yg panas telah disejukan dengan luahan dalam posting ini, jd biarlah ALLAH sajavyg membalas kejahatan yg telah, sedang dan akan dilakukan oleh mereka ini yg mana mereka ini sedang merancang dan berusha untuk meniupkan bara fitnah terhadap pejuang2 Agama-Mu ya RAbb..

Akhir kalam. Wassalam

~pencari ketenangan~
perlembahan nil
2.27 am... 26 oct 09

kerinduan.. 2

alhamdulullah pda sesi kuliah hari tu ana betol2 dpat memahami lebih byk perkataan yg disebut dan disyarah oleh Dr yg mengajar di depan... dan Masya'ALLAH kehadiran pelajar tahun 1 syariah islamiyyah hari tu amat membuatkan ana terfikir yg dimase ini masih ramai yg berebut2 untuk mencari ilmu sehinggakan ramai penggemar2 ilmu yg dtg pada hari itu terpaksa berdiri dan ada yg terpaksa duduk diatas tangga.. dan satu perkara yg ana tidak pernah terfikir, walaupun hari itu ana hanya berdua ke kuliah tanpa, rupa2 nya ALLAH mentakdirkan ana berjumpe dgn sahabat2 dari negeri Selangor yg ana hanya kenali dlam masa 2 minit tu meminta nombor telifon ana dan ingin mengajak ana sama2 ke kuliah... ALLAH rupanya ana masih tidak berseorangan, ALLAH tidak akan biarkan hambanya yg dhoif lg hina ini berada luar dari jemaah walaupun dimana hamba yg fakir ini berada, ALLAH yg bersifat ALAlim amatlah mengetahui kelemahan hambaya yg fakir ini... mgkin jika ana terus berseorangan @ terus berada didalam jemaah yg kecil akan membuatkan hamba-Nya yg fakir ini sama2 tenggelam dan futur dlam mencari ilmu di bumi kinanah ini...

dan setinggi2 syukur selepas habis kuliah di Jami'ah Alazhar, hamba yg jahil ini sekali lg berkesempatan untuk menatap dan menggali secebis ilmu dari seorang lagi sheikhuna yg tidak asing lg dikalangan mahasiswa azhari di Jami' Alazhar..

setelah usai mencedok ilmu dari dada ana pulang dgn perasaan tenang bersama sahabat2 yg sama2 mengikuti majlis ilmu di Jamie' Azhar.. dalam perjalanan pulang ALLAH masih beri kesempatan buat ana yg betul2 ketandusan ilmu untuk sedikit bermunaqasyah dgn syeikh kita yg tdk asing lg dikalangan pelajar malaysia di bumi ulama' ini iaitu Ust hairul nizam yg kebetulan hadaf kami sama untuk kembali ke Hayyu asyir selepas 1 hari melata diatas muke bumi ALLAH ini.. byk yg kami sempat perbincangkan termasuklah Program yg dilagsungkan sehari sebelum itu iaitu sesi dialog dengan phak JPMK yg diadakan di Rumah Selangor, tp prgram itu tdk dihadiri oleh seorang pun wakil dari JPMK.. dan ust Hairul juge memperingatkan diri ana selaku pelajar baru di bumi ini.. setiap kata2nya tidak lekang daripd dalil, sama ada dalil al-Quran, Assunnah ataupun kaedah Fiqhiyyah.. kami menaiki bas turun di Sabe' dan menaiki Tremco untuk sampai ke hadaf kami..

sesungguhnya bumi yg ku jejak ini benarlah bumi yg dipenuhi dgan ilmu.. dimana2 saja majlis ilmu berlangsung.. dan benarlah untuk mendapatkan ilmu ini tdklah semudah yg disangka, ia betul2 berhajat kpd mujahadah.. disinilah bumi Anbiya' dan disinilah bumi Firaun laknatullah.. inilah bumi yg dipenuhi mehnah dan tribulasi..

~pencari ketenangan~
hayyu asyier
2.18 pg

kerinduan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setinggi2 syukur diucapkan kpd Allah kerna dgn sifat ArRahman, ArRahim-Nya dan segala sifat kesempurnaan yg wajip pada-Nya Rabbal Alamin ana masih diberi kesempatan untuk terus berjalan n melata di atas muka bumi ini untuk menceduk sedikit ilmu drpda ulama' yg ikhlas menyebarkan ilmu ALLAH ini, moge2 dijaga dan dirahmati ALLAH.. Amin..

malam ni tidak seperti beberapa malam sebelum ni.. bayu tidak lagi meniupkan hawa panas malah menggantikan nya dengan bayu dingin yg cukup memberikan ana ketenangan.. Subhanallah! Maha Suci Allah yg menciptakan alam ni dengan cukup teratur, tp adakah manusia mengambil pengiktibaran drpd nya.. Allah tidak mendatangkan kpd kita musim sejuk secara mengejut selepas kita merasai kehangatan musim panas, ttp Allah menggantikan musim dengan cukup berhemat.. ALLAH yg menciptakan manusia maka ALLAh lebih mengetahui hal keadaan manusia yg mana manusia tidak boleh diterpakan dengan sesuatu dengan mengejut.. Maka Maha Adil sifat ALLAH yang menggilir-gilirkan bayu panas dan sejuk pada ketika ini bagi hamba2-Nya untuk sedikit menyesuaikan diri..
tapi adakah manusia juga bersifat sedemikian?? ana disini bukanlah untuk mengapi-apikan keadaan, tp apa yg berlaku pada ana setibanya ana di perlembahan nil ini ana terus dibawa ketempat2 yg cuaca nya amat berbeza dengan cuaca di tanah kelahiran ana Malaysia.. bahkan ana tidak diberikan rehat secukupnya selepas melalui perjalanan yg amat jauh merentasi daratan dan lautan.. ahh!! ana tidak mahu berbicara pasal tu tapi.. ahh, ia menyakitkan hati dan membuang ketenangan.. biarkan ia berlalu.....................................................

hari ini ana seperti biase keluar berjalan melihat keagungan Sang Pencipta untuk mengorek sebanyak mungkin ilmu ALLAH yg berada didalam dada Ulama2 di bumi kinanah ini.. tapi ana musykil, kemanakah sahabat2 yg lain? dimanakah janji kita untuk mencari ilmu bersama2?? dimanakah janji kita untuk kita sama2 mewajibkan diri kita ke kuliah? di mana janji kita?? ana tidak risaukan kalian jika tidak ke kuliah kerna tuntutan lain tapi bukn tuntutan MALAS!! ana rindukan kita seperti mula2 tiba disini, sama2 ke kuliah, sama2 bertalaqqi dan sama2 merasai pahit manis kehidupan di bumi Anbiya' dan bumi Firaun ni.. hari ini ana hanya ditemani seorang sahabat yg juga sama2 risaukan sahabat2 yg lain.. tp biarlah walaupun berdua ana juga ditemani bayu dingin yg seolah-olah menemani dan meringankan beban untuk mengharungi pahit getir di perlembahan nil ini..

tidak lupa ketika dalam perjalan ke kuliah yg mana perjalanannya cukup memerlukan mujahadah yg kuat, ana menerima sekeping SMS rindu dari tanah air tercinta.. ia benar2 menambahkan semangat dan keazaman ana untuk terus bermujahadah mencungkil sebanyak mana mutara ilmu yg berda disini..

SMS kerinduan yg ana terima dari org yg paling ana sayang, padanya lah aku selalu mengadu..
kerna ia seorang wanita, aku seorang lelaki.. subhanallah, tidak akan hebat seseorang lelaki itu tanpa dia seorang wanita.. sebesar mana pun masalah lelaki dengan wanita ia kan juga balik kepada wanita itu.. dialah yg melahirkan aku ke dunia ini.. dialah yg menngendong jasadku selama 9 bulan 10 hari didalam perutnya.. dialah wanita yg merelakan hidupnya merasai sakit melahirkan tubuh yg hina ini.. dia ibuku yang ku gelarkan ia MAMA..

Bermula Kalam

Assalamualaikum..

segala puji-pujian buat Pemerintah sekian alam yg masih memberikan kesempatan untuk ana mencukir kalam demi kalam dengan sifatnya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang juga bersifat Maha Memberi dan memiliki segala sifat Kesempurnaan dan kepujian.. Selawat dan Salam buat junjungan mulia, pemberi syafaat di sana kelak, penyampai risalah suci Al-quran, Nabi kita, Rasul kita, Maulana Muhammad SAW.. bermula penyaksian diri ini Laailaha Illa Allah, Pemilik sekelian alam, Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.. dan Muhammad itu Pesuruh ALLAH..
wa ba'du..

deruman kipas masih menemani ana dikala ini walaupun sesekali diganggu oleh bunyinya yg sedikit mengganggu tatkala ia melepasi pusingannya.. ia sedikit membantu ana mencari ketenangan dikala semua sahabat2 yg senantiasa menghiburkan hati kini lenyap dibawa mimpi2 indah.. ana masih tidak boleh melelapkan mata dikala ini mungkin disebabkan cuaca yg sedikit panas yg kini sedang menghabiskan sisa kepanasannya walaupun kadang-kadang bayu malam menghantarkan kepada diri ini biasan-biasan hawa dingin yg menandakan musim panas bakal melabuhkan tirainya dan menjemput musim sejuk untuk meniupkan bayu2 kedinginan di perlembahan Nil yg sedikit tandus ini.. bukan tandus tanahnya tapi tandus adab, akhlak, dan tandus kesusilaan..

ku cuba mengarang ini bukanlah untuk mencari nama dikala semakin ramai name2 penulis blog kian dikenali akan blognya, tapi ku ukirkan kalamku disini hanyalah untuk berkongsi penglaman dan meluahkan rasa hati yang kini jauh di negeri orang, yg dibatasi jarak masa dan waktu di bumi penuh mehnah dan tribulasi ini..

dikala mata semakin layu ditiup deruan angin kipas yg sedikit membawa haba kepanasan dunia, ku akhiri kalam ini untuk memberi kerehatan buat seluruh pancaindera kurniaan yg Maha Memberi ini.. esok mgkin maseh ade untukku.. moge esok maseh diberi kesempatan untuk diriku mendampingi ulama'2 yg ikhlas menyampaikan ilmunya..

Wassalam..

pencari ketenangan 09'
perlembahan Nil..

12.54 pm
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 tENaNg PaDa pErJuAnGaN |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.